Kelas Membuat Poster, Latihan Menaip, Advokasi & E-Learning

28 Oktober 2019 | Aktiviti Terkini

Kelas Membuat Poster, Latihan Menaip, Advokasi dan E-Learning ini telah diadakan pada hari Ahad, 27 Oktober 2019 bertempat di Pusat Internet Bogag.

Dalam kelas ini, para peserta diperkenalkan kepada aplikasi canva yang boleh digunakan untuk membuat poster atas talian yang mudah dan cantik. Mereka turut mempelajari cara menghasilkan poster mengunakan aplikasi tersebut, dan seterusnya memuat turun poster yang sudah siap.

Selepas itu, mereka turut diperkenalkan dengan laman web belajar menaip secara atas talian iaitu www.typingclub.com. Melalui laman web ini, para peserta berpeluang untuk melatih jari jemari mereka mengikut teknik menaip yang betul agar mampu menaip dengan pantas disamping dapat meningkatkan kemahiran menaip mereka.

Selepas latihan menaip tersebut, kelas diteruskan dengan advokasi Kempen Klik Dengan Bijak (KDB) berkaitan topik ‘Oversharing’ yang bertujuan untuk mendidik para peserta agar tidak terlebih berkongsi maklumat yang tidak sepatutnya di internet. Disamping itu, para peserta juga dididik tentang kepentingan dan langkah-langkah pelupusan peranti elektronik yang sudah tamat jangka hayatnya secara berhemah melalui taklimat advokasi Mobile e-Waste, dan juga panduan membeli peralatan komunikasi yang mempunyai label MCMC sebagai pengesahan peralatan tersebut telah diperakukan mengikut standard-standard yang telah ditetapkan melalui taklimat advokasi Check Your Label.

Akhir sekali, para peserta berpeluang untuk membuat ulangkaji pelajaran dengan menjawab soalan kuiz bagi pelbagai matapelajaran sekolah rendah secara atas talian melalui laman web www.quizizz.com. Melalui sesi ini, para peserta diharap agar lebih berminat untuk menggunakan ICT untuk tujuan pelajaran dan pembelajaran.

Kelas yang berlangsung selama 4 jam bermula dari 1.00 petang ini dihadiri oleh seramai 8 orang pelajar sekolah rendah. Kelas tamat pada pukul 5.00 petang.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali